Kononnya ramai yang tak dapat hadir... tetapi alhamdulillah ramai jugak yang hadir... makanan pula habis awal dr dijangkakan..
Tak de la dgr kecoh2 dia lagi nanti.. Takpe2 .. nnt kite plak g ziarah dia kat sana..
Makanan-makanan yang disponsor pada petang itu.. huhu
Hanya sorang jek yang tak sama taraf.. hahaha (ada sorang lagi yang x sama taraf tp eksyen tak mo bergambar.. :P
Bergambar bersama-sama tuk kali terakhir.. Jumpa lagi tahun 2012
Selepas kenduri, perjalanan hendak diteruskan ke ayer keroh tetapi kononnya nak singgah ke komplek falak alkharizmi. Konon nak singgah kejap tapi jadi lama plak.
Tempat yang menarik tetapi sayangnya hebahannya tidak meluas. Selain boleh melihat pameran yang pelbagai info mengenai dunia falak, boleh juga menonton planeteirium dan 3D. Bayaran x mahal. Untuk kedua2 nya sekali baru rm5 sahaja.
Selain itu, boleh juga melihat ruangan cerap dan melihat permandangan sekeliling sekitar tanjung bidara menggunakan camera di situ. Tempat ni betul2 menarik dan sesuai untuk dijadikan tempat lawatan ambil belajar.
Setelah hampir 3 jam kami disitu, perut telah berkeroncong. Nak makan ikan bakar. Tanya orang tempatan tempat makan ikan bakar paling best kat situ. Ingatkn di umbai jek yg sedap rupanya di sini pun ada. Tempatnya nama Kuala Sg Baru.
Perjalanan terus ke sana tetapi apabila melihat ada tanda port dikson 49 kilometer sahaja dr situ, niat terus bertukar. Jam ketika itu menunjukkan kul 5.17 ptg. Maka tak jadi la nkmakan ke kuala sg baru. Cadangan terbaru yang semua setuju adalah makan di bagan lalang, beristirehat di port dikson.
Setibanya ke port dikson, cik dilah teringin nk ke rumah api. Tak sangka ada hutan rekasi disini. Jam menunjukkan jam 6 petang. Nak ke rumah api, perlu melalui bukit dengan berjalan kaki. kira2 10 minit barulah smpai ke rumah api tersebut. Rumah api tanjung tuan. Ya allah cantiknya pemandangan. Hilang segala penat lelah menaiki bukit tadi. Segala cabaran dan halangan yang terpaksa tempuh tadi hilang semuanya.
Perut dah berkeruncung. Semua kelaparn. Perjalnan terus ke bagan lalang. Setibanya di bagan lalang, kedai yang biasa kami makan penuh. Maka terpaksa la beralih arah ke seaview. Makanan disini tidak kurang juga enaknya tapi sayangnya pepahat sudah kehabisan.
Jam 12pm lebih baru la sampai di rumah tercinta. Perjalanan yang singkat dalam 1 hari tapi banyak juga info yang diperolehi hari ini.
Bermulanya perlayaran
Tiket nak ke pulau payar dah beli semalam. Sepertimana janji jam 9pagi kami tiba di kaunter tersebut. Tak sangka plak budak lelaki yang jaga kaunter tersebut akan sambung pengajian di ukm ambil jurusan sains politik. Hari ni dia dah tahu yang kami berempat sudah bekerja. Semalam mati-matian dia ingat yang kami berempat ni pelajar ipta. Huhuhu... Bukan aku yang menipu dia tapi dia yang terus beranggapan sedemikian.
Best ikut trip Langkawi Coral
Jam 9.30 pagi kami bertolak ke pulau payar. Seronoknya menikmati udara laut. Tapi semalam dah berjemur sampai muka dah terbakar. Hari ni berjemur lagi.. Hitam lagi la nampaknya...
Tak sampai 15 minit, dilah, suri, dan pijah masuk ke tempat beraircond. Aku tetap nak 'stay' kat luar feri sambil menilmati udara laut. Biar pipi yang tembam ni dihempas oleh angin... Bukan selalu menikmati udara dan suasana sebegini. Damai rasanya... Alhamdulillah, dapat juga menikmati nikmat Ilahi yang begitu indah sekali.
Kali ni aku dah tak takut berenang seperti di pulau hentian. Mula-mula tu takut juga la.. Tapi kali ni aku beranikan diri bila tengok ramai yang berenang. Takde plak yang tenggelam. Tak boleh jadi ni. Satu cabaran buat aku ketika berada disini.. Huhuhu..
Yang bestnya lagi, dari platform tu aku dan pijah berenang sehingga ke pantai. Jauh juga la. Tapi dari pantai nak ke platform semula mak ai.. Susah. Hampir cemas dibuatnya. Mana tak nya, berenang bagai na rak, tangan dh dikuak berkali2, kali dh menghampas air berkali-kali tp tak juga bergerak. Maklum la menentang arus. Tapi alhamdulillah, takat kesabaran dan mengawal emosi boleh juga sampai ke platform. huhu
Setelah hampir 3 jam berenang, barulah kami ke bergerak ke persisiran pulau payar. Kononnya nak bagi anak jerung makan (chark feeding) tapi sayangnya di sebabkan air pasang maka tak ada. Nasib baik juga ade rezeki nampk juga seekor anak 'shark' masa nak berangkat balik ke platform.
Bagi Rasuha pada ikan-ikan..huhuhu
Habis 'lunch' yang ala2 makanan 'western food' yang secara 'buffet' kami pun berangkat pulang. Dalam jam 4.30 tiba semula ke jeti pulau langkawi. Perjalanan terus ke makam mahsuri. Takut terlewat sampai. Suri tak pernah lagi pergi. Sian plak dia. So terus bertolak ke sana dalam keadaan baju yang kering sket2 tad i di atas feri. Masa tutup lawatan ke makan mahsuri dah dilewatkan ke jam 7. Kalu dulu seingatkan aku 2 tahun lepas jam 5ptg.
Pagi-pagi lagi kami dah keluar ke jeti. Hari ini plan asalnya nak pergi ke pulau payar. Tapi sayangnya ke pulau payar hari ni dah penuh. Maka, terpaksa tukar plan ke hopping island.
Dalam trip ke hopping island ni ada 2 buah pulau dan 1 tasik yang kami akan jelajah iaitu pulau beras basah; pulau singa besar dan tasik dayang bunting.
Aktiviti pertama ialah di pulau singa besar menyaksikan burung helang yang keluar dari satu celahan bukit. Banyak burung helang tapi tak sempat nak ambil gambar sebab burung helang ni tangkas sangat. Maka hanya dapat tangkap ketika mereka berterbangan sahaja.
Kemudian kami merenuskan perjalanan ke pulau beras basah. Kat pulau ni kami berhenti selama sejam. Berendam dalam laut. Berehat di tepi pantai yang bersih dan menjemurkan diri ke panas sang matahari... Huhuhu padan muka.. dah hitam muka jadinya.
di pulau beras basah
Kata pakcik yang jaga kedai di situ, trip pagi tak berapa best. Trip petangnya yang bestnya... Kedai pun buka dan juga ada aktiviti lain seperti belon terbang. Kalu trip pagi ni aktiviti sendirian berhad. Kedai makan pun tak buka.
Kami meneruskan lagi perjalanan ke tasik dayang bunting. Nak ke tasik tersebut memerlukan stamina yang tinggi. Heheheh... Kena mendaki bukit dahulu dan menuruni bukit. Pastu barulah jumpa tempat yang selalu diperkatakan itu.
Ke Tasik Dayang Bunting
Kat sini kami menyewa bot kayuh. Patut harganya rm30 setengah jam. Tapi sebab mereka menyangka kami ni masih student jadi dapat la diskaun rm20 sahaja. Huhuhu best gak dapat diskaun... Nak wat camne awet muda. Hahaha
Petang
Setelah balik dari pulau harapan, kami singgah di hotel dahalu untuk bersihkan diri dan solat. Lepas ni plan nk ke cable car pula.
Kalu nk naik cable car better beli kat agen. Harganya lagi murah. Rm14 sahaja berbanding beli di sana Rm15. Lagi satu tak payah beratur panjang2. Kalau katakan dah beli awal2 tetiba plak hujan boleh 'refund'. Takde masalah. Lain kali kalu nak beli lebih baik beli di kaunter agen area jeti sahaja.
Bukti dh sampai ke check point terakhir kereta kabel
Walaupun ini kali kedua aku naik cable car di langkawi tetapi tetap masih terasa gayat. Apatah lagi suri yang pertama kali naik. Memang cuak la muka suri tu. Tak bergerak langsung. Duduk kaku. Suruh paling kekiri dan kekanan pun taknak. Huhuhu
Setiba saja turun dari kereta kabel kami singgah sebentar di taman haiwan yang ada di area sana. Ada rusa dan juga gajah. Kalu rusa tu nak la bergmbar dekat2 tapi kalu gajah tu tak berani la...
Setelah penat bergambar singgah pula ke beras terbakar. Makam mahsuri tak sempat nak pergi hari ini maka plan bertukar ke membeli belah coklat. Habis beratus juga la untuk coklat sahaja. Menyesal buat status kat ym hari masa nak pergi sini... Ramai plak yang order. Lain kali kalu pergi mana2 lepas ni nk pergi senyap2 saja. huhuhu
Kesan beras terbakar
Wakil2 NGO berikrar... selamatkan palestinnn...
Penulis adalah merupakan ahli Baitul Oren (ahli rumah ku). Jadi sesiapa mahu membuat pesanan terhadap buku ini boleh membuat tempahan awal di email Oren-Ji Ent --> oren_ji@yahoo.com
Saya mendoakan semoga MAHLIGAI yang dibina tahun ini berkekalan sehingga akhir hayat. Dan Semoga kalian mendapat zuriat yang soleh dan solehah..aminnnn
(Snap yang diambil dr kad kahwin Fibi - kenalan dari Riau yang menyentuh hati saya..huhu :->) quite touching..huhu
~ Nasib Membawa Kita Bersama, TETAPI Tetap Bergantung Kepada Kita Bagaimana Membuat Semua Berhasil. Memutuskan Untuk Saling Mencintai BAHKAN Dengan Segala Kekurangannya BUKAN Kesempatan, Itu adalah PILIHAN. Kita Ada Didunia BUKAN Untuk Mencari Seseorang Yang Sempurna Untuk Dicintai. TETAPI, Belajar Mencintai Orang Yang TIDAK Sempurna dengan cara yang SEMPURNA ~